Amirul.My

Home » » Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira

Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira : Sekumpulan peminat Abby telah menubuhkan kelab boikot tudung Al Humaira di fan page.
Kelab “Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira Contemporary” itu dikatakan mahu memberi sokongan moral kepada Abby Abadi setelah ditamatkan kontrak sebagai duta tudung mereka.
Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira
Sehingga kini, Kelab Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira telah menerima lebih dari 8 ribu like.
Segala isu bermula apabila penamatan kontrak Abby sebagai duta kepada syarikat tudung terbabit. Pembabitan Abby Abadi didalam cabang politik tidak dapat memenuhi kehendak syarikat Al Humaira.
Ianya telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak sehingga timbulnya fan page seperti ini.
Syarikat AL Humaira dikatakan menamatkan kontrak Abby kerana objektif sebenar kontrak yang telah mereka tandatangani gagal mencapai matlamat seperti yang mereka harapkan.
Syarikat Al Humaira juga telah mengeluarkan satu kenyataan di fan page mereka berkenaan dengan isu ini. Walau apapun yang terjadi diharap semuanya bertenang dan bersabar menunggu keputusan akhir mereka. Urusan mereka, biar mereka saja yang selesaikan.
Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira

Tags: