Amirul.My

Home » » Saifuddin tolak Tawaran Anwar Sertai PKR

Saifuddin tolak Tawaran Anwar Sertai PKR
SHAH ALAM – Sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, DatukSaifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) hari ini menolak ‘tawaran Datuk SeriAnwar Ibrahim‘, yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter peribadi Ketua Pembangkang itu.
Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah,” kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Ketua Pembangkang yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.
Ianya semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab tweet akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang ini.
“Kalau saya tidak jawab, saya kenalah,” kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa “palsu atau tidak, saya masih kena jawab”.
Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah akaun palsu.
“Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu – akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq,” kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah terus dari ibu pejabat PKR melalui tweetnya.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, “terima kasih atas penjelasan -  gentleman.”

Tags: