Amirul.My

Home » » Bayar Zakat Fitrah Melalui SMS

Pembayaran Zakat Fitrah Melalui SMS: Cara paling mudah membayar zakat fitrah tanpa perlu membayar melalui kaunter zakat fitrah.
Kini anda tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter pembayaran zakat yang telah disediakan kerana dengan adanya teknologi hidup kita bertambah mudah. Hanya menggunakan telefon bimbit, anda boleh melunaskan kewajipan anda untuk membayar zakat fitrah sempena bulan Ramadhan ini.
Tiada sebab lagi jika anda terlupa membayar zakat kerana dengan menggunakan cara ini, kerja anda untuk membayar zakat menjadi terlalu mudah. Namun begitu, buat masa ini hanya pelanggan Celcom sahaja yang dapat menggunakan perkhidmatan pembayaran zakat melalui SMS ini.
Berikut adalah cara yang anda boleh gunakan untuk membayar zakat melalui SMS yang diberi nama M-Zakat. Untuk menyemak kadar zakat setiap negeri di Malaysia, sila klik di sini : Kadar Zakat Fitrah 2012
Ikutilah langkah-langkah seterusnya yang akan diberikan nanti. Kepada umat Islam yang sudah layak membayar zakat, langsaikanlah kewajipan Rukun Islam keempat anda agar hidup anda sentiasa diberkati Allah. 

Tags: