Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berpendapat dakwaan pasukan Myanmar menggunakan pemain melebihi usia perlu bersandarkan bukti yang kukuh.
Malah Kim Swee mahu perkara tersebut diteliti secara mendalam sebelum mengemukakan bantahan terhadap perkara itu yang dianggap amat serius.
“Jika perkara itu benar kita tidak boleh biarkan ia berterusan tambahan pula Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA akan datang.
“Kalau boleh kita tidak mahu bertindak berdasarkan khabar angin sahaja dan bantahan perlu dibuat dalam masa 48 jam selepas tamat perlawanan," katanya kepada pemberita sebaik tiba dari Myanmar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, semalam.
Pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun menentang Myanmar kelmarin skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada tuan rumah.
Kekalahan itu diselubungi spekulasi terdapat pemain Myanmar yang beraksi pada perlawanan tersebut melebihi usia ditetapkan.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Harimau Muda, Datuk Afandi Hamzah berkata, bantahan awal telah pun dikemukakan kepada pegawai perlawanan berhubung perkara tersebut selepas tamat perlawanan.
Katanya bantahan secara rasmi bakal dihantar melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Persatuan Bola Sepak Asia (AFC) selepas menilai secara mendalam isu tersebut.
“Selepas ini kita akan menunggu maklum balas daripada AFC sebaik sahaja bantahan secara rasmi dihantar nanti.
“Bagi saya dalam sesuatu perlawanan yang mempunyai peraturan semua pasukan yang bertanding perlu mengikut peraturan ditetapkan bagi menjadikan saingan berjalan secara sihat," kata Afandi.
Amirul.My
Home »
» Malaysia Buat Bantahan Kepada AFC?