Amirul.My

Home » » Hari Himpunan Hijau Wilayah Persekutuan 2012

14 Julai Hari Himpunan Hijau Wilayah Persekutuan : Tarikh 14 Julai adalah hari Hijau Wilayah Persekutuan menuju ke Putrajaya

Menerusi PAS Wilayah Persekutuan, Hari Himpunan Hijau yang bakal diadakan pada 14 Julai 2012 nanti akan bertempat di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

Difahamkan, pada hari siangnya, Xpresi Hijau tersebut bakal diwarnai dengan Konvoi Motorsikal dan kereta mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur seawal jam 9 pagi.

AJK Himpunan Hijau menjangkakan 1000 buah motosikal serta 200 buah kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing.

Yasir Said, seorang bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan-pimpinan PAS Wilayah Persekutuan di jangka akan turut memeriahkan suasana nanti.

Untuk aktiviti pada sebelah malam pula, PAS Wilayah Persekutuan dijangka akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya.

Pada 14 Julai itu nanti, Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru akan menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai Himpunan Hijau ini.

Acara Himpunan Hijau tersebut bakal dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli dengan Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke 13 yang akan dipimpin oleh Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Kemuncak program Himpunan Hijau dijangka akan bermula pada jam 9.00 malam dengan pidato daripada pimpinan-pimpinan PAS Pusat. Beberapa nama selebriti terkenal juga dijangka akan turut serta di dalam Himpunan Hijau ini, antaranya ialah Hairi Othman dan Zulkifli Ismail.

Diberitakan akan ada beberapa nama selebriti dan tokoh penting akan mengumumkan penghijrahan mereka ke dalam Parti PAS.

Antara pimpinan PAS Pusat yang akan hadir adalah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad – Ajk PAS Pusat, Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK, Ustaz Nasrudin Hassan- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Timbalannya Ustaz Nik Mohd Abduh, Setiasuaha Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Balasubramaniam – Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Selain mereka, PAS WP juga menjemput Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak- Datuk Ramli Buyung, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Abdullah Ali- lagenda bolasepak negara, Kamal Bachaa- bekas Ahli MKT PPP, serta Cikgu Nazri Nordin – bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng.

14 Julai Hari Himpunan Hijau Wilayah Persekutuan

Tags: