Amirul.My

Home » » Kenapa ditakdirkan menjadi gemuk ?


Kenapa kita gemuk ? Aku bukan nak cakap pasal cara makan tapi pasal perangai . Ramai yang kata gemuk ni sebab makan tapi itu bukan bagi aku . Cuba fikir , kalau kita gemuk , adakah kita suka tunjuk - tunjuk body? tak tutup aurat ? Mesti kita nak cover sebab body kita langsung tak smart. Betul ? Cuba anda bayangkan jika kita kurus , mesti kita akan berbangga dan riak . Itulah sebab kita gemuk . Banyak orang gemuk nak jadi kurus dan bila jadi kurus terus lupa agama lupa diri .





Bila kita kurus kita akan memandang rendah terhadap orang yang berisi . Aku ada pengalaman menjadi seorang yang berisi dan aku sekarang tak la berisi sangat . Aku sebenarnya gembira kerana dahulu aku menjadi seorang yang berisi kerana sampai sekarang aku tak suka pakai seluar pendek yang tak sampai lutut . Tapi ada juga orang yang dahulunya berisi dan masih tak sedar kenapa dia dulu berisi .

Kerana tuhan nak kita bersyukur . Menjadi seorang yang berisi juga menghindarkan diri dari maksiat dan dosa . Kalau kita berisi ada ka orang nak jadi awek kita? Mesti takda dan itu mengurangkan dosa kita . Kalau kita ni berisi kita tak payah nak mekap-mekap pakai wax pakai perfume . Rileks saja . Kalau hensem ni perlu duit banyak nak beli wax , perfume , pencuci muka & etc. Jadi apa yang aku nak sampaikan ialah kita tak boleh menilai hanya dari luaran .

Sori jika xleh komen sbab theme ni takleh nk komen2 , jadi komen kt shoutbox ye! 

Tags: