Amirul.My

Home » » Isu Tudung Separuh Terimalah Saya Seadanya – Siti Nurhaliza

Isu Tudung Separuh Terimalah Saya Seadanya – Siti Nurhaliza : “Terimalah saya seadanya”, begitulah kata Datuk Siti Nurhaliza apabila ditanya isu beliau yang bertudung separuh.
Datuk Siti Nurhaliza berkata demikian apabila ditemuramah para wartawan ketika ditanya soalan tudung separuh beliau.
Isu Tudung Separuh Terimalah Saya Seadanya – Siti Nurhaliza
Baru-baru ini terdapat kontroversi membabitkan para peminat yang saling berbalah mengenai gambar-gambar Siti Nurhaliza yang dimuat naik dalam Instagram. Mereka berbalah tentang isu rambut, aurat dan imej anda. Apakah komen anda mengenai perkara tersebut?
Saya sedar terdapat beberapa komen negatif daripada segelintir peminat apabila terdapat beberapa gambar saya mendedahkan rambut. Namun, seperti yang sudah banyak kali saya maklumkan, saya sememangnya masih lagi belum bertudung litup dan sekadar mengenakan selendang sahaja.
Jadi, saya sangat berharap agar para peminat dapat menerima keadaan saya sekarang kerana isu saya bertudung ini merupakan perkara lama. Namun, keinginan untuk bertudung pada suatu hari nanti tetap ada.
Itulah jawapan rasmi Siti Nurhaliza berkaitan isu tudung separuh ini.

Tags: