Amirul.My
KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
“Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.
“Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
“Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya
Pembayaran Zakat Fitrah Melalui SMS: Cara paling mudah membayar zakat fitrah tanpa perlu membayar melalui kaunter zakat fitrah.
Kini anda tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter pembayaran zakat yang telah disediakan kerana dengan adanya teknologi hidup kita bertambah mudah. Hanya menggunakan telefon bimbit, anda boleh melunaskan kewajipan anda untuk membayar zakat fitrah sempena bulan Ramadhan ini.
Tiada sebab lagi jika anda terlupa membayar zakat kerana dengan menggunakan cara ini, kerja anda untuk membayar zakat menjadi terlalu mudah. Namun begitu, buat masa ini hanya pelanggan Celcom sahaja yang dapat menggunakan perkhidmatan pembayaran zakat melalui SMS ini.
Berikut adalah cara yang anda boleh gunakan untuk membayar zakat melalui SMS yang diberi nama M-Zakat. Untuk menyemak kadar zakat setiap negeri di Malaysia, sila klik di sini : Kadar Zakat Fitrah 2012
Ikutilah langkah-langkah seterusnya yang akan diberikan nanti. Kepada umat Islam yang sudah layak membayar zakat, langsaikanlah kewajipan Rukun Islam keempat anda agar hidup anda sentiasa diberkati Allah.
Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka : berikut adalah takzirah apa sebab perempuan lebih ramai masuk neraka.
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Himpunan Hijau Raub 2 September : selepas oren dan bersih berlanjutan protes jalanan dan kini Himpunan Hijau Raub 2 September.
Berikut adalah petikan yang diambil dari sebuah akhbar Politik.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merancang mengadakan satu lagi himpunan besar-besaran difahamkan bertujuan membantah penggunaan bahan kimia berbahaya akan diadakan pada 2 September jam 2 petang, di Dataran Raub, Pahang.
Himpunan ini dinamakan sebagai Himpunan Hijau Raub dan penganjur memberitahu tujuan ianya diadakan adalah bagi menuntut kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan proses perlombongan emas yang menggunakan cyanide.
Menurut sumber, sasaran Perhimpunan Hijau ini adalah 20,000 penyertaan dari seluruh negara yang akan direalisasikan bersama NGO-NGO lain, beserta Pakatan Rakyat.
Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat), berkata PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai himpunan ini, khususnya di Pahang.
Tambahnya lagi, PAS sememangnya menyokong sebarang usaha menonjolkan tuntutan rakyat, lebih-lebih lagi hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan yang baik tanpa kimia.
“Sangat banyak isu alam sekitar berlaku di Pahang. Di Kuantan dengan isu Lynas, perkara sama juga di Cameron Highland. Isu ini bukan hanya isu Pahang tetapi seluruh negara. Jika rakyat tidak bersatu bersama kami, ia akan menjadi punca kehancuran negara,” tegas beliau pada sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, petang semalam.
Beliau berkata lagi, rakyat tidak menolak sebarang pembangunan yang dibuat kerajaan, namun turut menginginkan pembangunan yang memikirkan aspek kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.
Turut serta pada sidang media itu Dr. Hamzah Jaaffar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang); Tengku Shahadan Tengku Jaafar (Timbalan Yang Dipertua PAS Raub); Tan Kok Wai (ahli parlimen Cheras); dan Ronnie Liu (exco kerajaan negeri Selangor).
Lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang telah beroperasi sejak Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran, khususnya Kampung Bukit Koman, Raub yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan cyanide pada projek ini
Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira : Sekumpulan peminat Abby telah menubuhkan kelab boikot tudung Al Humaira di fan page.
Kelab “Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira Contemporary” itu dikatakan mahu memberi sokongan moral kepada Abby Abadi setelah ditamatkan kontrak sebagai duta tudung mereka.
Sehingga kini, Kelab Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira telah menerima lebih dari 8 ribu like.
Segala isu bermula apabila penamatan kontrak Abby sebagai duta kepada syarikat tudung terbabit. Pembabitan Abby Abadi didalam cabang politik tidak dapat memenuhi kehendak syarikat Al Humaira.
Ianya telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak sehingga timbulnya fan page seperti ini.
Syarikat AL Humaira dikatakan menamatkan kontrak Abby kerana objektif sebenar kontrak yang telah mereka tandatangani gagal mencapai matlamat seperti yang mereka harapkan.
Syarikat Al Humaira juga telah mengeluarkan satu kenyataan di fan page mereka berkenaan dengan isu ini. Walau apapun yang terjadi diharap semuanya bertenang dan bersabar menunggu keputusan akhir mereka. Urusan mereka, biar mereka saja yang selesaikan.
Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira
PENDAKWAH bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh orang politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan demikian sering berlaku tanpa disedari dikalangan artis Malaysia yang baru berhijrah di mana ianya bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing kepada umum.
“Kalau saya cakap, pasti ada pula pihak yang marah nanti. Tetapi ianya pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat sahaja.
“Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan tersebut akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti politik lain yang tidak disukai mereka.
“Memang kita digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita, kerana ianya juga salah satu cara dan niat dakwah yang baik, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin kearah isu-isu politik,” kata Akhil Hayy.
Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang demokrasi.
Bagaimanapun berdasarkan pengalaman yang menimpa, golongan artis yang berhijrah ini diminta agar lebih berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau untuk memperjuangkan politik?
“Pada pandangan saya, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita dan kita tidak tahu tentangnya.
“Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami semula ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain dengan cara kita yang baru.
“Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi akan perasaan itu.
“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula,” ujar Akhil Hayy ketika dihubungi.
Pelakon Faezah Elai Sah Hamil: Pelakon wanita, Faezah Elai sahkan diri kini hamil setelah hampir setahun berkahwin.Melalui akaun Twitternya, Faezah Elai memberitahu kepada peminatnya yang dia kini telah hamil anak pertama setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan jejeka pilihannya, Heykal Hanafiah.“Saya sudah disahkan hamil setelah hampir setahun menikah. Itu sahaja dapat saya beritahu sekarang,”
Namun begitu, melalui tweet tersebut, dapat kita lihat yang beliau hanya ingin berkongsi berita gembira tersebut dan selanjutnya dia akan diberitahu kemudin.Tahniah kepada Faezah Elai dan suami, semoga mereka dianugerahkan cahaya mata yang sihat. - Pelakon Faezah Elai Sah Hamil
“Saya sudah disahkan hamil setelah hampir setahun menikah. Itu sahaja dapat saya beritahu sekarang,”
Nicki Minaj Hina Islam Melalui Lagunya: Penyanyi kulit hitam, Nicki Minaj menghina Islam melalui lagu terbarunya bertajuk ‘Beam Me Up Scotty’.
Perbuatan penyanyi tersebut telah dikecam oleh para penonton di laman Youtube yang menyifatkan Nicki tidak menghormati agama Islam dan bersikap perkauman. - Nicki Minaj Hina Islam Melalui Lagunya
Penyanyi luar negara yang popular dengan lagu ‘Super Bass’ secara terbuka menghina agamaIslam menerusi bait lirik lagunya ‘Beam Me Up Scotty’. Jika dihayati lirik lagu itu, terdapat satu rangkap lirik yang menyelit perkataan ‘Assalamualaikum’ dan ‘Akbar’.
Maksud sebenar perkataan ‘Assalamualaikum’ di dalam Islam ialah ‘ Selamat sejahtera ke atas kamu’.
“Please stop callin me, im such a rock star assalamu alaikum where the fuck is akbar give’em my keys tell’em valet my car”
Perbuatan penyanyi tersebut telah dikecam oleh para penonton di laman Youtube yang menyifatkan Nicki tidak menghormati agama Islam dan bersikap perkauman. - Nicki Minaj Hina Islam Melalui Lagunya
Mungkin lelaki ini terlalu kemaruk dan gagal mengawal nafsu, sehingga tidak dapat mengawal diri dari meraba seorang wanita di Stesen LRT,Pudu.
KUALA LUMPUR – Selepas puas meraba seorang mangsa, dia tanpa rasa bersalah datang semula kepada mangsanya itu sambil memperkenalkan diri.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita, berusia lingkungan 20-an, ketika berada di Stesen LRT Pudu, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa yang berseorangan didatangi seorang lelaki tempatan.
Lelaki itu kemudiannya terus meraba mangsa sebelum dia beredar.
Mangsa yang tidak menyedari kehadiran lelaki itu terus tergamam selepas merasakan dirinya diraba.
Lelaki itu bagaimanapun tidak melarikan diri sebaliknya berdiri di kawasan berhampiran dengan mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa kemudiannya merakam gambar lelaki itu sebelum menghubungi suaminya.
“Walaupun bertindak meraba mangsa, lelaki itu kemudiannya datang semula kepadanya dan terus memperkenalkan diri dengan alasan untuk berkenalan.
“Bagaimanapun, lelaki itu terus melarikan diri selepas mengetahui mangsa melaporkan kejadian itu kepada suaminya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.
Chin Wah berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan polis bersama suaminya.
“Mangsa menyerahkan gambar lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.
Orang ramai yang terlihat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
PENYANYI yang popular menerusi lagu Awan Nano, Hafiz agak terkejut apabila mendapat berita disaman bekas pengurus pentas pada Selasa lalu.
Menurutnya, dia yang baru sahaja pulang dari Indonesia, telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan berhubung surat saman tersebut.
“Saya akui memang agak terkejut apabila dimaklumkan pihak pengurusan mengenai perkara ini sebaik saja tiba dari Indonesia.
“Buat masa ini, saya juga sudah melantik seorang peguam dan saya serahkan kepada peguam saya untuk menyelesaikan kes ini,” jelas Hafiz ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran Astro baru ini.
Namun apabila diminta mengulas lanjut mengenai surat saman tersebut, Hafiz mengambil pendekatan untuk tidaknya bersuara dan menyerahkan saja kepada pihak pengurusan untuk memberi sebarang kenyataan selepas ini.
“Saya rasa, adalah lebih baik tidak memberikan apa-apa kenyataan buat masa sekarang ini. Saya bimbang kenyataan saya disalah ertikan dan memberi masalah lain pula kepada saya,” katanya.
Saman Selepas Setahun
Nur Haniza Mohd Azhar (25) telah memfailkan saman kepada Juara Akedemi Fantasia musim ketujuh itu, bagi menuntut pampasan RM200,194 atas dakwaan Hafiz telah mencederakannya tahun lalu.
Adira jadi punca?
Mengimbas beberapa laporan akhbar tahun lalu, punca perselisihan faham yang terjadi adalah disebabkan naib juara Akademi Fantasia musim kelapan, Adira yang juga bekas kekasih Hafiz.
Diminta mengulas kaitan kes ini dengan Adira, Haniza berkata, ia ia perkara tidak masuk akal dan mendakwa dia masih lagi berhubung dengan Adira atas dasar kerja.
“Baru kini saya mendapat kekuatan untuk memfailkan saman selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat,” jelas Haniza.
Sementara itu, Adira gagal dihubungi bagi mendapatkan respon lanjut mengenai kes saman Haniza terhadap Hafiz ini
Isu Tudung Separuh Terimalah Saya Seadanya – Siti Nurhaliza : “Terimalah saya seadanya”, begitulah kata Datuk Siti Nurhaliza apabila ditanya isu beliau yang bertudung separuh.
Datuk Siti Nurhaliza berkata demikian apabila ditemuramah para wartawan ketika ditanya soalan tudung separuh beliau.
Baru-baru ini terdapat kontroversi membabitkan para peminat yang saling berbalah mengenai gambar-gambar Siti Nurhaliza yang dimuat naik dalam Instagram. Mereka berbalah tentang isu rambut, aurat dan imej anda. Apakah komen anda mengenai perkara tersebut?
Saya sedar terdapat beberapa komen negatif daripada segelintir peminat apabila terdapat beberapa gambar saya mendedahkan rambut. Namun, seperti yang sudah banyak kali saya maklumkan, saya sememangnya masih lagi belum bertudung litup dan sekadar mengenakan selendang sahaja.
Jadi, saya sangat berharap agar para peminat dapat menerima keadaan saya sekarang kerana isu saya bertudung ini merupakan perkara lama. Namun, keinginan untuk bertudung pada suatu hari nanti tetap ada.
Itulah jawapan rasmi Siti Nurhaliza berkaitan isu tudung separuh ini.
KOTA BHARU – Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012, disini semalam.
Majlis tersebut diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.
Noryn yang hadir bersama suami Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan para tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama).
Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun di seluruh Kelantan.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun lainnya.
Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita khususnya, memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini.
Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa tanggungjawab yang sebenar.
“Sebaiknya kita tidak berbelanja boros di Bulan Ramadhan dan alakadar sahaja menyambut Hari Raya nanti,”ujarnya.
Sementara itu, Noryn Aziz ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa terkejut kerana beliau juga turut diundang oleh isteri Wakil Rakyat dari Kelantan.
“Memang Noryn sangat terkejut dan tak sangka. Se lepas tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini.
“Lagipun Noryn memang sangat kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, beliau antara salah satu sebab Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu berkaitan hidayah,”ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada malis tersebut, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan ‘penghijrahannya’ ini.
“Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga juga,”jelasnya.
Shila Amzah Bertekad Akan Terus Bertudung : Shila Amzah bertekad akan terus bertudung sampai bila-bila.
Bermula pada 1 Ramadan lalu, dari sesuatu yang hanya suka-suka dan hanya untuk mencuba akhirnya terus bertukar menjadi satu imej yang akan terus kekal kata Shila Amzah.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui tempoh percubaan dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.
“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.
“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.
“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya Isnin lalu.
Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz Ahmad tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.
Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.
“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.
“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” ujarnya.
Sementara itu, walaupun tampil dengan imej bertudung, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.
“Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna,” tuturnya.
ADUN Kota Shah Alam, perlekeh Datuk Lee Chong Wei ekoran kekalahannya dalam perlawanan Final Badminton Olimpik London 2012.
Sungguhpun tidak Chong Wei berjaya merangkul emas, ternhyata menjadi fenomena apabila jutaan rakyat Malaysia menzahirkan kekecewaan dan perasaan bangga terhadap karisma Chong Wei bermain untuk negara.
Sementara itu, kritikan yang sebaliknya oleh Manoharan Malayalam (salah seorang pemimpin DAP), apabila beliau memperlekehkan Chong Wei melalui beberapa kenyataannya menerusi akaun Twitter beliau pada malam itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dan menyelar kenyataan Adun Kota Shah Alam itu yang didakwa cuba mempolitikkan kekalahan tipis Lee Chong Wei pada Final Olimpik London 2012 ketika menentang Lin Dan.
Ulasan tidak bijak; pertahan semangat suka! – Twitter Anwar Ibraham
Dalam masa yang sama, Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia) juga menempelak kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar. Menurutnya, beliau percaya kenyataan seperti itu dibuat kerana terlalu taksub dengan politik, maka terbawa-bawa hingga ke sukan.
“Kenyataan seperti itu tidak wajar dan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana pada saya itulah kalau terlalu taksub pasal politik. Sepatutnya beliau (Manoharan) lebih terbuka mengenai perkara itu dan tidak mencampuradukkan antara politik dan sukan,” – Nik Nazmi.
Dalam kenyataan lainnya di menerusi akuan twitter Nik Nazmi :”tak wajar mana-mana pihak memperkecilkan usaha Chong Wei semalam kerana ketaksuban”.
Dalam perkembangan sama, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dilihat turut tidak senang dengan tulisan Manoharan apabila beliau menulis “sesetengah ahli politik tidak seharusnya menggunakan sosial media sekiranya mereka kurang berupaya untuk berfikir sebelum ‘bertwitter’.
Malah Manoharan turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuat ketika rakyat negara ini dilihat sedang bersedih ekoran kegagalan Chong Wei membawa pulang emas pertama untuk negara. Ia merupakan peluang terakhir Chong Wei untuk menghadiahkan sebutir pingat emas kepada 28juta penduduk negara ini. Lebih menyentuh perasaan orang ramai apabila Chong Wei turut meminta maaf di Twitternya “terima kasih semua saya minta maaf saya tidak dapat emas”.
SHAH ALAM – Sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, DatukSaifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) hari ini menolak ‘tawaran Datuk SeriAnwar Ibrahim‘, yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter peribadi Ketua Pembangkang itu.
Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah,” kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Ketua Pembangkang yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.
Ianya semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab tweet akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang ini.
“Kalau saya tidak jawab, saya kenalah,” kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa “palsu atau tidak, saya masih kena jawab”.
Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah akaun palsu.
“Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu – akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq,” kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah terus dari ibu pejabat PKR melalui tweetnya.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, “terima kasih atas penjelasan - gentleman.”
Kartunis tempatan yang sering kali menghasilkan karya kontroversi, Zunar atau nama sebenar, Zulkiflee Anwar Haque sekali lagi tampil dengan kontroversi baru yang diciptanya. Kali ini beliau telah menghasilkan karya kartun yang menghina kedaulatan negara termasuk menghina Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan Malaysia.
Dalam karya terbarunya yang diterbitkan melalui slot Cartoonkini, beliau mendakwa bendera Malaysia adalah diciplak dari negara Amerika Syarikat. Selain itu, dia turut menyatakan menerusi karyanya yang lagu Negaraku diciplak dari Indonesia. Dakwaan hampir sama dibuat ke atas lagu Janji Ditepati.
Karyanya tersebut disokong oleh laman berita pembangkang iaitu MalaysiaKini. Karya tersebut seolah-olah seperti sengaja mencetuskan provokasi di kalangan rakyat Malaysia pelbagai fahaman politik. - Kartunis Tempatan Hina Malaysia
Rumah Aznil Nawawi Dirompak: Rumah pengacara TV terkenal, Aznil Hj. Nawawi dipecah masuk perompak pukul 10 malam tadi.
Kejadian rompakan tersebut berlaku di kediaman Aznil Hj. Nawani di Taman Yarl. Pada masa kejadian tersebut berlaku, hanya ibunya bersama dua orang amah yang berada di rumah. Manakala Aznil tidak berada di rumah.
Menurut sumber, selebriti terkenal tersebut mengalami kerugian hampir RM40,000. Kejadian yang tidak disedari itu telah mengakibatkan kehilangan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian.
Menurut pemerhatian polis, perompak telah mengumpil besi jeriji tingkap untuk memasuki rumah selebriti tersebut. - Rumah Aznil Nawawi Dirompak
Tingkat atas rumah dua tingkat penyanyi Alleycats, mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze Tanjung Bungah di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, beliau dan adik lelakinya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan melihat kepulan asap di tingkat atas kediamannya.
“Saya hanya tinggal berdua dengan adik saya, Kevin Jonathan Boudville, 46, dan sebaik sahaja melihat asap itu itu kami segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah,” katanya kepada pemberita.
Beliau yang mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar, berkata tingkat atas kediamannya yang menempatkan koleksi piring hitam nyanyian mendiang suaminya sejak tahun 1980-an dan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas serta wang tunai hangus dijilat api.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana kenangan bersama suaminya seperti gambar kenangan, trofi dan pelbagai anugerah mendiang yang diletak di tingkat bawah tidak terjejas.
Abang mendiang, Datuk A. David yang turut melawat lokasi kejadian berkata kali terakhir beliau berkunjung ke rumah adiknya pada tahun lepas.
“Sudah 12 tahun mereka menyewa di sini dan rumah itu menyimpan pelbagai kenangan berharga adik saya,” katanya sebak. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bagan, Jermal, A. Ravi, berkata sebanyak 29 anggota bomba dan enam jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima laporan pada jam 11.18 pagi.
“Bomba turut menyelamatkan tiga ekor anjing yang terperangkap dalam kebakaran dan api merebak sedikit ke rumah jiran namun dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit,” katanya.
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sultan Azlan Shah Selamat diBedah : Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selamat menjalani pembedahan bahu di sebuah hospital di London, 30 Julai lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, baginda berangkat ke London pada 23 Julai bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Rayuan acara hoki Olimpik London 2012 dan menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas kapasiti sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos ini.
Ketika di sana, baginda mengalami masalah pada bahu dan menjalani pembedahan.
Menurut Abdul Rahim, baginda akan terus berada di London untuk menjalani rawatan pasca pembedahan dan berangkat kembali ke tanah air apabila dinasihatkan sesuai berbuat demikian oleh pakar perubatan yang merawat baginda.
“Sama-samalah doakan semoga baginda dilimpahkan rahmat dari Ilahi untuk segera pulih dan kembali berada dalam keafiatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Hukum memakai Braces bagi orang Islam
Soalan :
Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH.
Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Soalan :
Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH.
Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding di dalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )
Sumber: http://www.ustazazhar.net/
AMMAN: Perdebatan secara langsung antara dua ahli politik yang bermusuhan di televisyen negara ini berakhir dengan pergaduhan apabila seorang daripada lelaki berkenaan mengeluarkan sepucuk pistol.
Ahli Parlimen, Mohammad Shawabka turut melemparkan kasutnya ke arah musuhnya, aktivis politik, Mansour Sayf al-Din Murad, ketika kedua-duanya saling berbalas penghinaan selepas berbincang mengenai pemberontakan di Syria di saluran TV swasta, Jo Sat.
Kejadian itu tercetus selepas Mansour menuduh Mohammad menjadi ejen untuk ejen perisikan Israel, Mossad. “Kamu adalah ejen Mossad, kata Mansour.
Mohammad kemudian menjawab: “Kamu pula penyangak” sebelum melemparkan kasutnya ke arah Mansour sebagai tanda penghinaan paling buruk di dunia Arab. Ketika pengacara Mohammed Habashneh cuba mennenangkan keadaan, Mansour menolak meja dan kemudian berlari ke arah Mohammad. Ketika itulah, Mohammad meraba jaketnya dan mengeluarkan sepucuk pistol kecil berwarna perak.
Kedua-duanya berterusan menjerit sambil tolak-menolak antara satu sama lain sebelum rancangan itu ditamatkan walaupun Mohammad dilihat memasukkan semula senjata itu ke dalam ikatan pinggang di seluar panjangnya. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. Tidak diketahui sama ada pistol itu betul ataupun palsu. - DM
Ahli Parlimen, Mohammad Shawabka turut melemparkan kasutnya ke arah musuhnya, aktivis politik, Mansour Sayf al-Din Murad, ketika kedua-duanya saling berbalas penghinaan selepas berbincang mengenai pemberontakan di Syria di saluran TV swasta, Jo Sat.
Kejadian itu tercetus selepas Mansour menuduh Mohammad menjadi ejen untuk ejen perisikan Israel, Mossad. “Kamu adalah ejen Mossad, kata Mansour.
Mohammad kemudian menjawab: “Kamu pula penyangak” sebelum melemparkan kasutnya ke arah Mansour sebagai tanda penghinaan paling buruk di dunia Arab. Ketika pengacara Mohammed Habashneh cuba mennenangkan keadaan, Mansour menolak meja dan kemudian berlari ke arah Mohammad. Ketika itulah, Mohammad meraba jaketnya dan mengeluarkan sepucuk pistol kecil berwarna perak.
Kedua-duanya berterusan menjerit sambil tolak-menolak antara satu sama lain sebelum rancangan itu ditamatkan walaupun Mohammad dilihat memasukkan semula senjata itu ke dalam ikatan pinggang di seluar panjangnya. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. Tidak diketahui sama ada pistol itu betul ataupun palsu. - DM
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan terhadap pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussesin Al-Attas, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata kedua-dua lelaki berumur 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah itu ditahan pada jam 9.30 malam tadi, di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka. "Kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota polis yang diketuai Asisten Superintendan Wong Chee Mean dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Polis turut merampas beberapa peralatan komputer daripada mereka," kata kenyataan itu.
Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kini ditahan reman bersama seorang wanita berumur 26 tahun sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kedua-dua mereka ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada jam 9.45 malam, Rabu lalu. - BERNAMA
Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata kedua-dua lelaki berumur 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah itu ditahan pada jam 9.30 malam tadi, di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka. "Kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota polis yang diketuai Asisten Superintendan Wong Chee Mean dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Polis turut merampas beberapa peralatan komputer daripada mereka," kata kenyataan itu.
Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kini ditahan reman bersama seorang wanita berumur 26 tahun sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kedua-dua mereka ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada jam 9.45 malam, Rabu lalu. - BERNAMA
KAHERAH 9 Julai - Presiden Barack Obama semalam menjemput Presiden baru Mesir, Mohamed Mursi untuk melawat Amerika Syarikat (AS) September depan sekali gus menggambarkan hubungan baru antara Washington dan negara Islam.
“Presiden Obama memanjangkan tempoh jemputan kepada Presiden Mursi untuk melawat Amerika Syarikat apabila beliau menghadiri Perhimpunan Agung PBB pada September depan," kata pembantu Mesir, Yasser Ali, selepas Mursi bertemu Timbalan Setiausaha Negara AS, William Burns.
Bagaimanapun, Burn tidak memberitahu perkara tersebut ketika sidang media diadakan.
Sebelum ini, Washington mengamalkan dasar berhati-hati negara Islam tetapi tahun lalu, membuka hubungan rasmi dengan Ikhwan Muslimin.
“Presiden Obama memanjangkan tempoh jemputan kepada Presiden Mursi untuk melawat Amerika Syarikat apabila beliau menghadiri Perhimpunan Agung PBB pada September depan," kata pembantu Mesir, Yasser Ali, selepas Mursi bertemu Timbalan Setiausaha Negara AS, William Burns.
Bagaimanapun, Burn tidak memberitahu perkara tersebut ketika sidang media diadakan.
Sebelum ini, Washington mengamalkan dasar berhati-hati negara Islam tetapi tahun lalu, membuka hubungan rasmi dengan Ikhwan Muslimin.
KUALA LUMPUR 8 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’.
Katanya, pemilihan tema itu bersesuaian dengan pendekatan 3K yang diamalkan sejak 55 tahun lalu yang menjadi bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang menunaikan segala janji kepada rakyat sehingga meletakkan Malaysia muncul negara membangun paling maju di dunia.
Beliau berkata, 3K dimaksudkan ialah Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan yang kini dinikmati oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira agama, budaya mahupun warna kulit.
Sambil menyelar sikap pembangkang yang tidak malu mendabik dada mendakwa kononnya mereka membawa kemakmuran kepada negeri-negeri yang diperintah, Najib berkata, pendekatan 3K itu juga akan ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam usaha menawan kembali negeri itu.
Katanya, pendekatan 3K akan menjadi penawar rakyat Selangor yang ditipu pakatan pembangkang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selaku Pengerusi BN negeri, beliau berjanji akan membawa lebih banyak kemakmuran, kenikmatan serta kemajuan kepada Selangor.
Justeru, Perdana Menteri mengulangi janji beliau untuk memperkenalkan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia dalam masa terdekat, selepas pelbagai program yang mendahulukan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diwujudkan sebelum ini.
“Janji ditepati bukan perkara sehari dua, ia dilaksanakan BN sepanjang 55 tahun. Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata dan tiada keperluan untuk kita mempolitikkan (tawar janji-janji kosong) seperti pembangkang tetapi kami mahu membantu rakyat.
“Tengok sahaja Selangor, siapa yang membangunkan negeri ini? Jasa siapa? Siapa yang bangunkan Bangi ini? Siapa yang mendirikan institusi pengajian tinggi, tubuhkan pusat-pusat latihan? Bangi dahulu kawasan hutan tetapi hari ini muncul pusat pertumbuhan kerana jasa BN.
“Siapa bangunkan Shah Alam, Cyberjaya dan wujudkan Putrajaya? Siapa pula berjanji tetapi sekadar di bibir, mana janji-janji mereka sebelum pilihan raya 2008?" katanya semasa berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Selangor di Bangi.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon serta beberapa menteri Kabinet lain.
Dalam pada itu, Najib mahu rakyat Selangor menuntut segala janji politik yang dibuat pakatan pembangkang di negeri itu seperti mengurangkan cukai pintu, tabung permulaan RM100 untuk bayi dan elaun khas kepada ibu tunggal yang sehingga kini hanya omong kosong.
Tegas beliau, bukan sahaja pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan janji tetapi lebih teruk menipu rakyat.
Ini apabila nasib golongan ibu tunggal dan miskin yang kononnya mahu dibela, ditindas pula dengan menaik kadar sewa seperti yang berlaku di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi.
“Pembangkang bukan sahaja tidak tunaikan janji untuk kurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus tetapi saya dimaklumkan semasa beramah mesra dengan penduduk di Seksyen Satu tadi, sewa bulanan premis untuk ibu tunggal dinaikkan dari RM125 sebulan (era BN) kepada RM250.
“Ini belum lagi janji-janji mereka dalam Buku Jingga yang jika dilaksanakan akan meranapkan ekonomi negara. Oleh sebab itu, hari ini kita pilih baju jingga untuk buktikan BN sebuah parti dan kerajaan yang menepati semua janji kepada rakyat berbanding apa yang ditawarkan di dalam Buku Jingga," katanya.
-- UTUSAN
Katanya, pemilihan tema itu bersesuaian dengan pendekatan 3K yang diamalkan sejak 55 tahun lalu yang menjadi bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang menunaikan segala janji kepada rakyat sehingga meletakkan Malaysia muncul negara membangun paling maju di dunia.
Beliau berkata, 3K dimaksudkan ialah Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan yang kini dinikmati oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira agama, budaya mahupun warna kulit.
Sambil menyelar sikap pembangkang yang tidak malu mendabik dada mendakwa kononnya mereka membawa kemakmuran kepada negeri-negeri yang diperintah, Najib berkata, pendekatan 3K itu juga akan ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam usaha menawan kembali negeri itu.
Katanya, pendekatan 3K akan menjadi penawar rakyat Selangor yang ditipu pakatan pembangkang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selaku Pengerusi BN negeri, beliau berjanji akan membawa lebih banyak kemakmuran, kenikmatan serta kemajuan kepada Selangor.
Justeru, Perdana Menteri mengulangi janji beliau untuk memperkenalkan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia dalam masa terdekat, selepas pelbagai program yang mendahulukan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diwujudkan sebelum ini.
“Janji ditepati bukan perkara sehari dua, ia dilaksanakan BN sepanjang 55 tahun. Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata dan tiada keperluan untuk kita mempolitikkan (tawar janji-janji kosong) seperti pembangkang tetapi kami mahu membantu rakyat.
“Tengok sahaja Selangor, siapa yang membangunkan negeri ini? Jasa siapa? Siapa yang bangunkan Bangi ini? Siapa yang mendirikan institusi pengajian tinggi, tubuhkan pusat-pusat latihan? Bangi dahulu kawasan hutan tetapi hari ini muncul pusat pertumbuhan kerana jasa BN.
“Siapa bangunkan Shah Alam, Cyberjaya dan wujudkan Putrajaya? Siapa pula berjanji tetapi sekadar di bibir, mana janji-janji mereka sebelum pilihan raya 2008?" katanya semasa berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Selangor di Bangi.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon serta beberapa menteri Kabinet lain.
Dalam pada itu, Najib mahu rakyat Selangor menuntut segala janji politik yang dibuat pakatan pembangkang di negeri itu seperti mengurangkan cukai pintu, tabung permulaan RM100 untuk bayi dan elaun khas kepada ibu tunggal yang sehingga kini hanya omong kosong.
Tegas beliau, bukan sahaja pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan janji tetapi lebih teruk menipu rakyat.
Ini apabila nasib golongan ibu tunggal dan miskin yang kononnya mahu dibela, ditindas pula dengan menaik kadar sewa seperti yang berlaku di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi.
“Pembangkang bukan sahaja tidak tunaikan janji untuk kurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus tetapi saya dimaklumkan semasa beramah mesra dengan penduduk di Seksyen Satu tadi, sewa bulanan premis untuk ibu tunggal dinaikkan dari RM125 sebulan (era BN) kepada RM250.
“Ini belum lagi janji-janji mereka dalam Buku Jingga yang jika dilaksanakan akan meranapkan ekonomi negara. Oleh sebab itu, hari ini kita pilih baju jingga untuk buktikan BN sebuah parti dan kerajaan yang menepati semua janji kepada rakyat berbanding apa yang ditawarkan di dalam Buku Jingga," katanya.
-- UTUSAN
Karoot Komedia X Episod 3 (2012) [Weekly Update] SDTVRip RMVB
Genres: Comedy
Plot Series
Karoot Komedia ialah sebuah rancangan komedi muzikal yang menggabungkan muzik, lakonan sketsa dengan topik-topik menarik yang akan dilakonkan secara spontan oleh pelawak terkenal Malaysia. Dihoskan oleh Sabri Yunus.
Download
Mediafire : Klik Sini
JumboFile : Klik Sini
Karoot Komedia X Episod 2 (2012) [Weekly Update] SDTVRip RMVB
Genres: Comedy
Plot Series
Karoot Komedia ialah sebuah rancangan komedi muzikal yang menggabungkan muzik, lakonan sketsa dengan topik-topik menarik yang akan dilakonkan secara spontan oleh pelawak terkenal Malaysia. Dihoskan oleh Sabri Yunus.
Download
Mediafire : Klik Sini
JumboFile : Klik Sini
:: Karoot Komedia X Episod 1 (2012) [Weekly Update] SDTVRip RMVB
Genres: Comedy
Plot Series
Karoot Komedia ialah sebuah rancangan komedi muzikal yang menggabungkan muzik, lakonan sketsa dengan topik-topik menarik yang akan dilakonkan secara spontan oleh pelawak terkenal Malaysia. Dihoskan oleh Sabri Yunus.
Download
Mediafire : Klik Sini
JumboFile : Klik Sini
Canberra: Gadis remaja yang aktif menggunakan media sosial lebih berkemungkinan berdepan masalah kemurungan dan rendah diri, menurut kajian baru.
Data baru mendedahkan remaja perempuan yang memperuntukkan masa panjang di laman web seperti Facebook, Twitter atau MySpace lebih tidak menyenangi bentuk badan dan berat mereka.
Penyelidikan di universiti, yang meninjau pendapat 1,096 gadis berusia antara 12 dan 16 tahun, mendapati 40 peratus tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh dan separuh daripada mereka bimbang dengan kenaikan berat badan.
Ia juga mendapati ramai gadis menggunakan internet dan media sosial lebih berkemungkinan mengalah dengan perasaan itu.
Saintis Sekolah Psikologi di Universiti Flinders, Australia, Dr Amy Slater dan Profesor Tiggemann, berkata hasil kajian menunjukkan kaitan membimbangkan.
“Kami menyiasat peranan media dalam menentukan imej diri gadis remaja. Kami tertarik mendapati bagaimana remaja perempuan memperuntukkan masa lapang dan bagaimana aktiviti berbeza berkaitan dengan apa mereka rasa mengenai diri dan tubuh mereka.
“Kajian kami menunjukkan kaitan membimbangkan antara penggunaan media keterlaluan, terutama media sosial dan internet, dan rendah diri, tidak puas hati dengan bentuk tubuh dan semangat jati diri dan kemurungan,” kata mereka.
Kajian juga mendedahkan daripada 96 peratus gadis yang mempunyai capaian internet di rumah, 72 peratus memuat naik gambar sendiri dan 12 peratus memuat naik video.
Daripada gadis ini, yang purata masa menggunakan internet sehingga tiga jam setengah setiap hari, cuma 35 peratus daripada ibu bapa mereka menetapkan bila dan apa yang boleh dilihat anak perempuan mereka di internet.
Dr Slater berkata, penyelidikan lanjut yang menganalisis kandungan lebih 600 iklan mendapati 14 daripada laman web paling popular yang mensasarkan gadis remaja memaparkan kosmetik dan produk kecantikan.
Beliau juga menyatakan, model yang digunakan dalam iklan, kerap mempromosikan keluaran seperti produk menghilang berat dan laman web temujanji yang disifatkan tidak sesuai dengan golongan yang melayarinya – secara umumnya adalah wanita, muda, kurus dan menarik. - Agensi
JOHOR BAHRU 6 Julai - Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, suspek dikesan positif dadah jenis itu berikutan hasil ujian air kencing yang telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini pukul 1.25 tengah hari ini.
Bagaimanapun, katanya, teman wanita lelaki itu yang berusia 26 tahun pula didapati negatif.
"Sehubungan itu, laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Uncle Seekers yang berusia 46 tahun bersama teman wanitanya, 26, ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan kelmarin pada pukul 9.45 malam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk memohon perintah tahanan reman pada pukul 3 petang.
Majistret Md. Isa Mohamed membenarkan Syed Abdullah dan teman wanitanya itu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.
Pada 1 Julai lalu, sekumpulan 30 individu mengecam tindakan Uncle Seekers kerana didakwa memfitnah Sultan Johor melalui laman blog www.uncleseekers.blogspot.com dan sehingga semalam, sebanyak tujuh laporan polis daripada pelbagai pihak berkaitan perkara itu telah dibuat.
Kumpulan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kerana mendakwa blog itu mengandungi unsur-unsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beberapa pemimpin kerajaan lain.
Sumber : Utusan
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, suspek dikesan positif dadah jenis itu berikutan hasil ujian air kencing yang telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini pukul 1.25 tengah hari ini.
Bagaimanapun, katanya, teman wanita lelaki itu yang berusia 26 tahun pula didapati negatif.
"Sehubungan itu, laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Uncle Seekers yang berusia 46 tahun bersama teman wanitanya, 26, ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan kelmarin pada pukul 9.45 malam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk memohon perintah tahanan reman pada pukul 3 petang.
Majistret Md. Isa Mohamed membenarkan Syed Abdullah dan teman wanitanya itu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.
Pada 1 Julai lalu, sekumpulan 30 individu mengecam tindakan Uncle Seekers kerana didakwa memfitnah Sultan Johor melalui laman blog www.uncleseekers.blogspot.com dan sehingga semalam, sebanyak tujuh laporan polis daripada pelbagai pihak berkaitan perkara itu telah dibuat.
Kumpulan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kerana mendakwa blog itu mengandungi unsur-unsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beberapa pemimpin kerajaan lain.
Sumber : Utusan
SEOUL 7 Julai - Samsung merancang untuk mengeluarkan telefon pintar Galaxy Note 2 pada Oktober ini selepas komputer tablet itu berjaya mengenepikan produk keluaran Apple dengan jualan tujuh juta unit.
Galaxy Note 2 dilaporkan bakal memiliki skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan skrin resolusi super tinggi, 1680x1050.
Sebelum ini Galaxy Note menjadi kegilaan ramai dan model baru itu juga dijangka akan mengenepikan produk keluaran telefon pintar akan datang Apple iaitu iPhone 5 yang dilaporkan turut akan menggunakan skrin besar.
Model terbaru itu dilengkapi dengan kamera 12 mega pixel dan menggunakan sistem quad core processor, spesifikasi yang mengekalkannya mendahului teknologi yang akan digunakan oleh iPhone 5.
Telefon pintar Galaxy Samsung kini menjadi produk utama kepada syarikat Korea Selatan itu dan menyumbang kepada hasil pendapatan yang tinggi.
Galaxy telah mengenepikan pesaing hebatnya, sekali gus menyebabkan Samsung mencatat rekod jualan tertinggi. - AGENSI
KOTA BHARU - Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan penuh bergaya selepas membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad Red Warriors menjuarai kejohanan musim ini, meskipun saingan masih berbaki dua perlawanan selepas mengumpul 57 mata setakat ini. Pencabar terdekat mereka, Lions XII sekadar mengutip 50 mata.
Beraksi di gelanggang sendiri dengan sokongan padu 20,000 penyokong mereka, tuan rumah beraksi garang dengan ledakan lima gol pada separuh masa pertama.
Gol pertama Kelantan berjaya dijaringkan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 16 sebelum Mohd. Ghaddar menambah derita pelawat dua minit ke 18. Selang empat minit kemudian gawang Perak bocor lagi melalui rembatan leret ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi.
Indra Putra berjaya menjaringkan gol keduanya pada mnit ke 29 sebelum Nurul Azwan Roya menyumbat gol kelima Kelantan pada minit ke 39. Kapten Perak, Shahrul Nizam Mustapha yang gagal mengawal emosi dilayangkan kad merah pada minit ke 45 oleh pengadil perlawanan, Rahmat Jantan selepas dia mengkasari Mohd. Ghaddar.
Skrip sama kekal sebaik wisel separuh masa kedua ditiup yang menyaksikan Indra Putra berjaya mencipta hatrik dengan jaringan gol pada minit ke 48. Meskipun bermain dengan 10 orang, Perak berjaya mengelak gawang mereka daripada dibolosi lebih banyak gol pada separuh masa kedua.
Kemasukan penjaga gol simpanan mereka, Kamarul Efendi ternyata memberi kesan positif apabila dia berjaya menggagalkan beberapa percubaan pemain Kelantan. Kekalahan tersebut mengekalkan kedudukan Perak di tangga ketiga liga dengan pungutan 39 mata.
Sumber : Utusan
KOTA BAHARU 8 Julai - Kerajaan Kelantan tidak akan mampu menyelesaikan masalah air bersih di negeri itu walau sebesar mana sekalipun jumlah peruntukan yang diberi kerajaan Persekutuan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, ini kerana kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan isu tersebut.
"Bagi pinjaman pun tak selesai juga. Seperti mana pinjaman mudah yang disalurkan sebanyak RM600 juta dahulu. Duit habis begitu sahaja.
"Adalah lebih baik serahkan sahaja kerajaan negeri ini kepada Barisan Nasional yang saya pasti masalah ini akan selesai bagi tempoh sepenggal sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi di sini, hari ini. - BERNAMA
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, ini kerana kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan isu tersebut.
"Bagi pinjaman pun tak selesai juga. Seperti mana pinjaman mudah yang disalurkan sebanyak RM600 juta dahulu. Duit habis begitu sahaja.
"Adalah lebih baik serahkan sahaja kerajaan negeri ini kepada Barisan Nasional yang saya pasti masalah ini akan selesai bagi tempoh sepenggal sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi di sini, hari ini. - BERNAMA
TUN Dr. Mahathir Mohamad memang cukup dikenali dengan sifat punctual iaitu menepati masanya.
Sesiapa yang pernah berurusan apatah lagi bekerja dengannya termasuk wakil media cukup arif dengan disiplin beliau itu.
Mungkin sebab itu, apabila menyedari temujanjinya dengan kami daripada Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD, MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID bersama jurugambar SAIFUL BAHARI ASHAARI pada Rabu lalu sudah terlewat beberapa minit, Dr. Mahathir pantas mendaki tangga curam Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, sebaik sahaja selesai komitmen sebelumnya.
Mencecah usia 87 tahun pada 10 Julai ini, stamina dan kecergasan Dr. Mahathir cukup dikagumi.
Jika beliau tidak melakukan aktiviti menunggang kuda yang menjadi kegemarannya, bukan sebab faktor usia atau kesihatan tetapi kerana kesibukannya walaupun tidak lagi bergelar Perdana Menteri.
“Saya sekarang bekerja tujuh hari seminggu," katanya. Namun beliau bukan mengeluh. Hakikatnya beliau tidak jemu menyumbang jasa, pandangan dan idea. Sebab itu jugalah banyak pihak termasuk media tidak jemu-jemu mendekati beliau bagi berkongsi pandangan kritisnya. Ketajaman fikiran serta kepekaannya terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara, tidak perlu dinafikan sama sekali.
Dalam ribuan buku pelbagai genre yang dibacanya, beliau mengakui masih membaca novel antaranya oleh Ken Follett dan Wilbur Smith yang menjadi amalan sejak remaja.
Dalam wawancara kali ini, Dr. Mahathir seperti yang cukup kita kenali, tidak takut bercakap soal Melayu, selamba menegur pihak yang membuat tuntutan keterlaluan dan tanpa berselindung menyentuh tentang campur tangan kuasa asing dalam menentukan regime change. Beliau juga secara panjang lebar menjelaskan dalam bahasa mudah tentang krisis ekonomi Eropah.
MINGGUAN: Tun telah selesai mengeluarkan memoir, tetapi apakah Tun berpandangan buku tulisan Tun, Dilema Melayu perlu ditulis semula atau dilakukan pembaharuan?
TUN DR. MAHATHIR: Kita sekarang sudah sampai ke satu tahap di mana nak sebut Melayu pun sudah menjadi kesalahan. Kalau kita sebut Melayu akan ada pihak mengatakan kita perkauman. Jadi kita tidak boleh pertahan diri kita. Inilah dilema yang paling besar dihadapi oleh orang Melayu ketika ini.
Kalau dahulu kita boleh bercakap mengenai masalah orang Melayu dan bagaimana nak mengatasinya dan saya boleh tulis mengenai perkara ini. Orang pun tidak akan kata saya rasis. Tetapi sekarang ini jika saya cakap Melayu sahaja orang akan kata saya rasis. Sebaliknya jika mereka bercakap mengenai kaum mereka, itu tidak pula dianggap perkauman. Saya berpendapat bahawa kita sudah kaku dan tidak boleh menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan. Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima. Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adalah kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sebuah negara maka mereka akan berkuasa. Namun kini sebaliknya mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah. Kini berpecah lebih daripada tiga kelompok dan dengan itu untuk menang maka mereka memerlukan sokongan kaum lain.
Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah maka apa yang orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi. Parti lawan juga ikut sama berjanji macam-macam. Maka semua orang berlumba-lumba nak berjanji. Sebenarnya mereka (pembangkang) nak bagi negara ini dan akhirnya akan menjadi seperti Singapura. Kalau di Singapura tak apalah sebab orang Melayu adalah minoriti tetapi di negara ini orang Melayu adalah majoriti tetapi berpecah belah kerana apa? Sebabnya ada orang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah tabiat orang Melayu lama yang mana bila ada orang tawar duit, dia akan jual negerinya seperti di Pulau Pinang, Singapura dan beberapa lagi. Maka jadilah apa yang dikata orang ‘sejarah berulang dengan sendirinya’. Orang Melayu bukan tidak tahu sejarah ini dan tahu perkara ini salah tetapi kerana tamak nak jadi Perdana Menteri, maka dia sanggup membiarkan orang Melayu lingkup malah menghapuskan orang Melayu pun tidak mengapa. Asalkan dia dapat menjadi Perdana Menteri. Kita tengok sendiri Anwar bagaimana dia mahu menghapuskan DEB dan sebagainya. Ini dilakukan kerana nak dapatkan undi orang Cina.
sumber : Utusan
Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.8. Buah tamar
sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.
20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
Kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis:
“Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa
Selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.
Sumber : Myibrah.com