Amirul.My
KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
“Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.
“Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
“Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya
Pembayaran Zakat Fitrah Melalui SMS: Cara paling mudah membayar zakat fitrah tanpa perlu membayar melalui kaunter zakat fitrah.
Kini anda tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter pembayaran zakat yang telah disediakan kerana dengan adanya teknologi hidup kita bertambah mudah. Hanya menggunakan telefon bimbit, anda boleh melunaskan kewajipan anda untuk membayar zakat fitrah sempena bulan Ramadhan ini.
Tiada sebab lagi jika anda terlupa membayar zakat kerana dengan menggunakan cara ini, kerja anda untuk membayar zakat menjadi terlalu mudah. Namun begitu, buat masa ini hanya pelanggan Celcom sahaja yang dapat menggunakan perkhidmatan pembayaran zakat melalui SMS ini.
Berikut adalah cara yang anda boleh gunakan untuk membayar zakat melalui SMS yang diberi nama M-Zakat. Untuk menyemak kadar zakat setiap negeri di Malaysia, sila klik di sini : Kadar Zakat Fitrah 2012
Ikutilah langkah-langkah seterusnya yang akan diberikan nanti. Kepada umat Islam yang sudah layak membayar zakat, langsaikanlah kewajipan Rukun Islam keempat anda agar hidup anda sentiasa diberkati Allah.
Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka : berikut adalah takzirah apa sebab perempuan lebih ramai masuk neraka.
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Himpunan Hijau Raub 2 September : selepas oren dan bersih berlanjutan protes jalanan dan kini Himpunan Hijau Raub 2 September.
Berikut adalah petikan yang diambil dari sebuah akhbar Politik.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merancang mengadakan satu lagi himpunan besar-besaran difahamkan bertujuan membantah penggunaan bahan kimia berbahaya akan diadakan pada 2 September jam 2 petang, di Dataran Raub, Pahang.
Himpunan ini dinamakan sebagai Himpunan Hijau Raub dan penganjur memberitahu tujuan ianya diadakan adalah bagi menuntut kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan proses perlombongan emas yang menggunakan cyanide.
Menurut sumber, sasaran Perhimpunan Hijau ini adalah 20,000 penyertaan dari seluruh negara yang akan direalisasikan bersama NGO-NGO lain, beserta Pakatan Rakyat.
Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat), berkata PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai himpunan ini, khususnya di Pahang.
Tambahnya lagi, PAS sememangnya menyokong sebarang usaha menonjolkan tuntutan rakyat, lebih-lebih lagi hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan yang baik tanpa kimia.
“Sangat banyak isu alam sekitar berlaku di Pahang. Di Kuantan dengan isu Lynas, perkara sama juga di Cameron Highland. Isu ini bukan hanya isu Pahang tetapi seluruh negara. Jika rakyat tidak bersatu bersama kami, ia akan menjadi punca kehancuran negara,” tegas beliau pada sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, petang semalam.
Beliau berkata lagi, rakyat tidak menolak sebarang pembangunan yang dibuat kerajaan, namun turut menginginkan pembangunan yang memikirkan aspek kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.
Turut serta pada sidang media itu Dr. Hamzah Jaaffar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang); Tengku Shahadan Tengku Jaafar (Timbalan Yang Dipertua PAS Raub); Tan Kok Wai (ahli parlimen Cheras); dan Ronnie Liu (exco kerajaan negeri Selangor).
Lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang telah beroperasi sejak Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran, khususnya Kampung Bukit Koman, Raub yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan cyanide pada projek ini
Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira : Sekumpulan peminat Abby telah menubuhkan kelab boikot tudung Al Humaira di fan page.
Kelab “Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira Contemporary” itu dikatakan mahu memberi sokongan moral kepada Abby Abadi setelah ditamatkan kontrak sebagai duta tudung mereka.
Sehingga kini, Kelab Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira telah menerima lebih dari 8 ribu like.
Segala isu bermula apabila penamatan kontrak Abby sebagai duta kepada syarikat tudung terbabit. Pembabitan Abby Abadi didalam cabang politik tidak dapat memenuhi kehendak syarikat Al Humaira.
Ianya telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak sehingga timbulnya fan page seperti ini.
Syarikat AL Humaira dikatakan menamatkan kontrak Abby kerana objektif sebenar kontrak yang telah mereka tandatangani gagal mencapai matlamat seperti yang mereka harapkan.
Syarikat Al Humaira juga telah mengeluarkan satu kenyataan di fan page mereka berkenaan dengan isu ini. Walau apapun yang terjadi diharap semuanya bertenang dan bersabar menunggu keputusan akhir mereka. Urusan mereka, biar mereka saja yang selesaikan.
Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira
PENDAKWAH bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh orang politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan demikian sering berlaku tanpa disedari dikalangan artis Malaysia yang baru berhijrah di mana ianya bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing kepada umum.
“Kalau saya cakap, pasti ada pula pihak yang marah nanti. Tetapi ianya pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat sahaja.
“Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan tersebut akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti politik lain yang tidak disukai mereka.
“Memang kita digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita, kerana ianya juga salah satu cara dan niat dakwah yang baik, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin kearah isu-isu politik,” kata Akhil Hayy.
Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang demokrasi.
Bagaimanapun berdasarkan pengalaman yang menimpa, golongan artis yang berhijrah ini diminta agar lebih berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau untuk memperjuangkan politik?
“Pada pandangan saya, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita dan kita tidak tahu tentangnya.
“Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami semula ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain dengan cara kita yang baru.
“Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi akan perasaan itu.
“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula,” ujar Akhil Hayy ketika dihubungi.