Amirul.My

Home » » Kad Hari Bapa untuk PM

PUTRAJAYA 6 Julai - Sekumpulan kira-kira 50 anak yatim dari Pusat Jagaan Sinthamani, Kuala Lumpur berkumpul di hadapan Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini, bagi menyerahkan kad ucapan Selamat Hari Bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut pengasas pusat tersebut, B. Praveendran, kad itu disiapkan dalam masa dua minggu bagi menunjukkan sokongan kepada Najib.

''Kad ucapan Hari Bapa untuk Perdana Menteri kerana beliau adalah bapa kepada semua rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di perkarangan Perdana Putra, hari ini.

Kad itu diserahkan kepada Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.

UTUSAN

Tags: