Kartunis Tempatan Hina Malaysia

Kartunis tempatan yang sering kali menghasilkan karya kontroversi, Zunar atau nama sebenar, Zulkiflee Anwar Haque sekali lagi tampil dengan kontroversi baru yang diciptanya. Kali ini beliau telah menghasilkan karya kartun yang menghina kedaulatan negara termasuk menghina Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan Malaysia.
Dalam karya terbarunya yang diterbitkan melalui slot Cartoonkini, beliau mendakwa bendera Malaysia adalah diciplak dari negara Amerika Syarikat. Selain itu, dia turut menyatakan menerusi karyanya yang lagu Negaraku diciplak dari Indonesia. Dakwaan hampir sama dibuat ke atas lagu Janji Ditepati.
Karyanya tersebut disokong oleh laman berita pembangkang iaitu MalaysiaKini. Karya tersebut seolah-olah seperti sengaja mencetuskan provokasi di kalangan rakyat Malaysia pelbagai fahaman politik. - Kartunis Tempatan Hina Malaysia