Chong Wei Rancang Mahu Kahwin

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merancang mendirikan rumah tangga tahun depan dengan pasangannya yang juga ahli sukan negara.

Menurutnya, beliau akan membuat sidang akhbar mengenai perkara itu selepas pulang daripada Sukan Olimpik di London nanti.

"Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu," katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di sini hari ini. - UTUSAN